Latar belakang SimetriSiti

"Alhamdulillah, sambutan memang menggalakkan. Daripada 300 lagu yang dihantar, Siti hanya memilih 10 yang terbaik dan bersesuaian dengan konsep album. Sehingga kini pun masih ada lagi pihak yang menghantar lagu ciptaan mereka dan Siti sangat menghargai usaha mereka."

—Siti Nurhaliza semasa merakamkan SimetriSiti[6]

Pada November 2016, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan sebelum percutiannya selama 3 minggu,[7] beliau meminta Aubrey Suwito untuk membuat pengumuman di laman Facebook beliau bagi mencari lagu baharu untuk album terbaharunya. Beliau juga meminta beberapa artis Malaysia dan Indonesia untuk mencipta lagu-lagu untuk albumnya, termasuk Hazami dan Opick.[Nota 1][8][9][10] Sehingga November 2016, beliau telah menerima sebanyak penyertaan 300 lagu, termasuk dari penulis lagu Indonesia.[10] Beliau mengulas mengenai pemilihan lagu tersebut: "Saya tidak terlalu memilih komposer baharu atau lama, apa yang penting ialah lagu tersebut mesti mudah diterima dan rancak. Namun, saya masih mementingkan kualiti gubahan muzik yang matang dan bagus."[11]

Keseluruhan proses, dari menyemak dan memuktamadkan calon lagu untuk rakaman keseluruhan album mengambil masa lima bulan untuk beliau dan pasukannya bagi menyiapkannya.[12] Untuk lima bulan pertama, beliau terpaksa menghadiri beberapa sesi pendengaran sebelum memilih 10 lagu terbaik.[12][13] 10 lagu yang terbaik telah dipilih berdasarkan melalui undian yang dibuat oleh Datuk Siti, pengurusannya (Siti Nurhaliza Productions), dan syarikat rakamannya (Universal Music Malaysia).[14] Untuk menghalang mereka daripada menjadi berat sebelah semasa pemilihan lagu, ia dilakukan tanpa pengetahuan identiti komposer.[15]

Jumlah kos pembikinan album SimetriSiti dianggarkan berjumlah RM 100 000.[16]

Rujukan

WikiPedia: SimetriSiti http://www.allmusic.com/album/simetrisiti-mw000305... http://english.astroawani.com/entertainment-news/s... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/simetrisi... http://www.budiey.com/dato-siti-nurhaliza-pertaruh... http://www.cumicumi.com/news/cumi-music/111325/ber... http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/05/09/albu... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/20... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/23... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/25... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita...